Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia

Fakta Kelebihan Ais

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.

Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk

6 Perkara yg Allah sembunyikan..

6 Perkara yg Allah sembunyikan..

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada

Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.

"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal... "

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan... . ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah

S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

8 Petua Urutan

8 Petua Urutan

DIANGGARKAN lebih daripada 80 kaedah urutan yang diiktiraf di seluruh dunia. Keberkesanannya secara klinikal turut membuatkan urutan terus popular.

Biarpun tiada kaedah piawaian untuk satu-satu jenis urutan, urutan lazimnya dilakukan ke atas otot, tendon, ligamen, kulit, sendi atau tisu penghubung lain.

Urutan yang boleh dilakukan menggunakan tangan, jari, siku malah kaki ini sebenarnya sudah terkenal sejak zaman berzaman. Tulisan awal mengenai urutan boleh ditemui dalam tamadun kuno termasuk Rom, India, Jepun Mesir dan Mesopotamia.

Antaranya adalah urutan yang direkodkan sebelum Masihi lagi yang menceritakan mengenai urutan seharian menggunakan minyak zaitun sebagai sebahagian daripada regim kecantikan wanita.

Urutan semakin popular di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-19. Namun ketika era 1930-an hingga 1940-an, pengaruh urutan kian berkurangan lantaran perkembangan dalam bidang perubatan.

Apapun, pada 1970-an, pengaruh urutan kian meningkat sekali lagi khususnya di kalangan atlit sukan di negara terbabit. Urutan turut digunakan pada era berkenaan oleh jururawat bagi membantu mengurangkan kesakitan di kalangan pesakit serta membantu mereka untuk tidur.

Ketika kejohanan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, urutan ditawarkan buat pertama kali sebagai perkhidmatan perubatan utama.

Info jenis urutan

Urutan Thai:

Ia dipercayai dikembangkan oleh ahli perubatan Buddha, Jivaka Kumar Bhaccha, kira-kira lebih daripada 2,500 tahun lalu di India.Ia kemudian sampai ke Thailand di mana teknik dan falsafah Ayurveda yang digunakannya itu turut dipengaruhi oleh perubatan Cina.

Selama berabad lamanya, urutan Thai dilakukan oleh golongan sami sebagai salah satu komponen perubatan Thai.Urutan Thai agak lasak dengan penggunaan tangan, lutut dan kaki pakar terapi urutan.

Ramai menganggap urutan Thai memberi kesan merehatkan dan membuatkan diri lebih bertenaga.Urutan ini tidak menggunakan sebarang minyak yang lazimnya dilakukan di atas lantai berlapik.

Ia boleh mengambil masa antara 60 minit sehingga dua jam.Urutan ini antara lain membantu seseorang untuk lebih relaks, mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan tenaga serta menyeimbangi keadaan tubuh.

Urutan aromaterapi

Sejenis urutan yang popular di spa. Ia menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan minyak pembawa. Penggunaan minyak pati sudah dikenali sejak zaman kuno di Mesir, Itali, India dan China.

Minyak pembawa adalah minyak sayur-sayuran yang digunakan sebagai asas untuk mencairkan minyak pati sebelum ia disapu pada kulit. Minyak pembawa digunakan kerana minyak pati terlalu pekat untuk disapu terus pada kulit. Antara minyak pembawa yang popular adalah minyak kelapa, avocado dan badam manis.

Urutan tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai keadaan berikut:

1. Penyakit kulit berjangkit, ruam atau luka

2. Baru menjalani pembedahan

3. Baru menjalani kemoterapi kecuali disarankan doktor

4. Cenderung untuk mengalami masalah darah beku.

5. Wanita hamil (sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dulu sebelum melakukan urutan manakala urutan untuk wanita hamil sebaiknya dilakukan pakar terapi urutan yang bertauliah dalam urutan wanita hamil).

Petua urutan:

1. Jangan mengambil makanan berat sebelum mengurut

2. Tiba awal di spa atau pusat urutan, sekurang-kurangnya 10 minit untuk merehatkan tubuh sebelum memulakan urutan.

3. Pastikan pakar terapi urutan mengetahui maklumat kesihatan diri kerana sesetengah jenis urutan tidak sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai masalah tertentu.

4. Jika rasa tidak selesa semasa diurut, maklumkan pada pakar terapi urutan.

5. Bernafas membantu diri untuk lebih merehatkan tubuh. Ramai yang kurang bernafas semasa diurut kerana rasa gementar.

6. Rehatkan diri ketika diurut.

7. Minum selepas urutan.

8. Ambil sedikit masa bersendirian selepas urutan bagi membolehkan tubuh 'menerima' manfaat urutan.

Kesan terapeutik urutan mengambil masa justeru, sebaiknya ia dilakukan lebih kerap untuk menikmati manfaatnya. Oleh itu, jika urutan itu bertujuan untuk memulihkan ketegangan otot atau pulih daripada masalah tisu lembut, sesi urutan lazimnya mengambil masa

40 Tip Mudah

40 Tip Mudah

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagian, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN

1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

2 Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan sarapan, berserdehana ketika makan tengah hari dan makan sedikit ketika makan malam.

3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses.

4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)

5 Peruntukan masa untuk bersolat.

6 Lebihkan permainan yang membina minda.

7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)

8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari

9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

10 Tidur selama 7 jam.

PERSONALITI

11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak tahu mengenai kehidupan orang lain.

12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.

13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.

14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.

15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.

16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk merealisasikannya.

17 Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada apa yang anda perlukan.

18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda sekarang.

19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.

20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang anda.

21 Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri anda sendiri.

22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah 'sekolah' untuk anda dan di sini anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya berlangsung sepanjang hayat.

23 Banyakkan senyuman dan tertawa.

24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak bersetuju.

KOMUNITI

25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.

26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.

27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.

28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan yang berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih kecil)

29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum.

30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.

31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya ingat mereka.

HIDUP

32 Lakukan perkara yang betul.

33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak mengembirakan.

34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.

35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.

36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.

37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.

38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah. Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).

39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah kedamaian.

40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi ini) kepada orang yang anda sayang)

Kata - Kata Pembangkit Semangat

* Apabila anda telah sampai ke penghujung tali……dan tiada lagi simpulan untuk bergantung.. ….lompatlah ke tali yang lain.

* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.

* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,…..anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

* Terseradung bukannya terjatuh.

* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

* Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

* Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari- apa silapnya.

* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.

* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!! !

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA, APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA- ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!. Ingat!! ADA HIKMAH DI SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU. HADAPILAH DENGAN TABAH SEMOGA DIRAHMATI ALLAH.

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Assalammualaikum waramatuhllahi wabarakahtuh kalian

Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Wallahualam bissawab.

Fadilat Surah Al-Fatihah

Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga disamping anda tiada keberatan untuk sebarkan maklumat ini kepada mereka yang memerlukan diucapkan berbanyak terima kasih.


Sesiapa yang mengekalkan membaca surah Al-Fatihah diantara solat sunat subuh dengan Fardu Subuh sebanyak 41 kali yang dijadikan amalan rutin harian antara fadilatnya bukti dalam sejarah anda setelah mengamalkannya ialah:-

  • Meminta pangkat melainkan dapat.
  • Ia miskin melainkan kaya tiada disangka.
  • Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
  • Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
  • Ia lemah melainkan dikuatkan Allah.
  • Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
    Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan: " Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari ".

    "Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut ". " Maka kamipun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dang penyakitnya berkurangan ". Begitulah Fadilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seseorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.

    AIR FATIHAH

    Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota luaran.

    Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya. Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:

    Maksudnya : Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.

    Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysa Allah akan afiat.


    MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT

    Apabila seseorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan keatas ikatan atau belenggu itu. Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.

    FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDOR

    Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidor, kemudian ia membaca.
    • Surah al - Ikhlas 3 kali.
    • surah al - Falaq sekali.
    • surah an - Nas sekali.
      terselamat ia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu Syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor.

      FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI

      Jika dibacakan Fatihah:
      • 70 kali sehari.
      • selama 7 hari.
        pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. Insyaallah akan dibukakan Allah Taala pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.

        FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT

        Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas berkata: " Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut ". Setelah itu bermohonlah ia kepada Tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.

        WIRID FATIHAH

        Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas solat sebanyak 20 kali akan:
        • Dimurahkan Allah rezekinya.
        • Diperbaikki hal ehwalnya.
        • Dibersihkan hatinya.
        • Diangkat darjatnya.
        • Dimudahkan pekerjaannya.
        • Dilepaskan ia daripada dukacita.
        • Dijauhkan dari mudharat.
        • Diberi ia kerajinan dan semangat.
        • Tidak kecewa.
        • Dijauh dari asutan Syaitan.
        • Di ilham kepadanya kebajikan.

          FATIHAH UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT

          Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insa yallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.

          FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

          Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini: Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh. Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

          FATIHAH DI ATAS KAPAS

          Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.

          FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN

          Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres.

          FATIHAH PENGHILANG DAHAGA

          Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.

          FATIHAH MENGUBAT SAKIT TELINGA

          Jika mengidap sakit telinga baru ataupun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insya Allah afiat.

          FATIHAH MINYAK

          Jika di bacakan 70 kali Fatihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan.

          FATIHAH SEBAGAI PENAWAR

          Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan atau kasar dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.

          Semoga apa yang anda hajati mendapat keberkatan untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup didunia serta mendapat ganjaran pahala yang tiada batas dari Allah Taala buat hambanya yang bertakwa. Insya Allah.

Tanda Tanda Sifat Sombong

Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu `level' atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutny a atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking , diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.

17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.

20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentakhentak kaki atau berjalan membusung dada.

21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.

Amalkan Hidup Berjiran

Saling ingat mengingati antara kita. Itulah asas dalam hidup berjiran. Kenali dan sayangi jiran kita..

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengeratkan tali persaudaraan adalah..

Bertegur Sapa

Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.

Kunjung-Mengunjung

Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat.
Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu.

Menghulurkan Bantuan

Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.

Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.

Bergotong-Royong

Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, masjid, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.

Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihaar alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.
Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.
Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan
mendidik anak.

2.
Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.
Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa.
Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.
Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.
Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.
Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke
hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.
Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.
Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.
Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.
Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Kehendak Tuhan VS Kehendak Manusia


Salam,

Fahamilah Kehendak Tuhan... Petikan Redhalah wahai hamba-Ku kerana percayalah di situ mesti ada kebaikan. Tidak pernah Aku lakukan sesuatu perkara itu sia sia atau Aku main-main dengan ciptaan-Ku melainkan setiap apa yang Aku lakukan ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran.

Kehendak manusia : Aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi orang yang pandai, nanti mudah untuk lulus periksa dan dapat degri. Orang tentu akan hormat padaku.

Kehendak Tuhan: Walaupun rajin belajar, tak semestinya engkau lulus. Apakah engkau boleh jamin kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu? Engkau tak akan merosakkan masyarakat engkau? Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau lebih pandai dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang dengan kepandaian yang engkau miliki itu. Kalau begitu bukankankah lebih selamat engkau tidak jadi orang pandai.


Kehendak manusia: Aku akan usaha sungguh-sungguh mencari kekayaan. Nanti aku dan keluargaku tidak hina dipandang masyarakat. Aku ingin berbakti kepada orang yang susah dan miskin. Aku akan membela pelajar-pelajar yang tak mampu melanjutkan pelajaran.


Kehendak Tuhan : Tapi Aku tidak izinkan engkau menjadi kaya. Aku mahu engkau tetap hidup sederhana. Mana engkau boleh jamin engkau bermurah hati untuk mengeluarkan sedekah bila kaya nanti. Engkau susah mengawal nafsumu. Aku lebih tahu membuat ukuran sejauh mana kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun rezeki yang Aku beri, tidak mencukupi, di situ ada didikan dan pengajaran yang mesti engkau pelajari. Tapi kalau kerana itu engkau, tidak sabar menerimanya, memang engkau tidak pandai bersyukur .

Kehendak manusia: Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya mudah aku beramal ibadah. Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid. Kalau murah rezeki pula aku akan membawa keluargaku menunaikan haji.

Kehendak Tuhan : Walaupun engkau inginkan tubuh badan yang sihat, tapi Aku sengaja uji engkau dengan kesakitan. Apakah engkau rasa kalau tubuh badanmu sihat, engkau boleh buat ibadah? Tapi Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat, engkau akan buat dosa, buat maksiat. Tapi kalau engkau sakit, barulah engkau beringat-ingat.


Kehendak manusia: Wahai Tuhan, teringin benar kalau Engkau kurniakan kepadaku pangkat dan kuasa. Kalau aku memiliki kuasa, aku akan tolong rakyat jelata. Aku ingin jadi pemimpin yang memayungi rakyatnya dan berbakti kepada rakyat.


Kehendak Tuhan : Engkau tidak diberi kuasa itu lebih baik bagimu daripada engkau mendapat kuasa. Apakah engkau boleh jamin berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa nanti? Berapa ramai pemimpin yang Aku dah pun beri peluang tapi tidak dapat menjalankan amanahnya sebagai pemimpin. Walaupun engkau sudah melobi rakyat supaya memilihmu, tapi Aku memang ingin menyelamatkan engkau dari terpedaya dengan pangkat dan jawatan. Walaupun engkau berasa sedih dan kesal dengan kegagalanmu itu, namun yakinlah di situlah jalan keselamatan bagi dirimu .

Kehendak manusia: Tuhan, mengapa aku selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan. Apakah engkau tergamak melihat aku dan keluargaku sentiasa menderita. Apa dosa aku hingga aku selalu ditimpa bala bencana. Mengapa tidak engkau halakan bala ini ke tempat lain. Kan Engkau Maha Berkuasa untuk melakukannya?

Kehendak Tuhan : Memang Aku selalu timpakan kesusahan kepadamu kerana Aku suka mendengar rintihan hamba-hamba- Ku. Redhalah wahai hamba-Ku kerana percayalah di situ mesti ada kebaikan. Tidak pernah Aku lakukan sesuatu perkara itu sia-sia atau Aku main-main dengan ciptaan-Ku melainkan setiap apa yang Aku lakukan ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran. Bukankah Aku yang menciptamu. Aku Maha Mengetahui setiap apa yang Aku lakukan yang engkau tidak ketahui. Tetapi tidak semua hamba-hamba- Ku mengetahuinya kecuali hamba-hamba pilihan-Ku.

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.